Articles tagged with: selimut
pakaian kanak-kanak, pakaian wanita, Panduan »
Susah juga saya nak mencari dan mengumpul kain-kain yang sesuai untuk dijadikan set sarung tilam baby. Adeh, coraknya terhad juga setiap kedai. Paling banyak 2 hingga 3 corak aje. Dan jika mama-mama mempunyai pilihan kain sendiri adalah dialu-alukan dihantar ke bilikJahit untuk disiapkan bersama tempahan set tilam baby. Oleh itu, di sini saya mahu kongsikan antara tempat-tempat yang menyediakan kain-kain yang saya kira sangat menarik untuk dijadikan sarung tilam baby. Ini berdasarkan maklumat-maklumat kain sendiri yang telah dihantar dan dimaklumkan kepada saya. Jadi sedikit maklumat ini mungkin boleh membantu menyenangkan …
pakaian kanak-kanak »
Minggu depan anak teruna saya, akan menduduki peperiksaan akhir tahunnya kat Tadika Cahaya Al-Amin. Tadika pun ada periksa juga ye sekarang. Beza benar dulu dan sekarang. Dan, tahun ini adalah tahun terakhirnya disana. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Alhamdulillah 2 tahun dia disana, dengan kesungguhan ustazah-ustazahnya, push and push everyday, dia sudah boleh membaca, mengira, boleh menghafal surah-surah mudah, dan yang paling buat saya terharu ialah sebelum tidur dia akan membacakan doa untuk ibubapa dengan maknanya sekali. Emm.. itu hanya hati ibubapa saja yang tahu …… Jadi …
Selamat Datang »
BilikJahit ~ Disini, Eksplorasiku tentang Jahitan. Makin serius nampaknya tu..hehe…Alhamdulillah sudah SAH. Ia bermula apabila satu hari saya terbaca tentang menjalankan perniagaan di Internet . Pada mulanya, aktiviti ini adalah sebagai mengisi waktu lapang saya bersama anak-anak, tetapi sambutannya amat diluar jangkaan saya sehingga saya kadang-kadang terlebih tempoh tempahan daripada yang saya tetapkan iaitu 2 minggu. Dan daripada situ, saya fikir sepatutnya saya berdaftar dan biarlah semua urusan berjalan lancar. Ah, tak mahu saya dihambat oleh Mr-Mr SSM sono tu. Yang penting juga, saya dapat menyumbang khidmat bagi yang berminat …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, produk »
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, produk »
Perincian tempahan adalah 1 set tilam plain, 1 set sarung dengan sarung bantal beropol, 1 set sarung dengan sarung bantalnya bentuk simple, 1 helai selimut dan 1 Diapers Stacker. Material yang dihantar adalah dari jenis Japanese cotton. Salah satunya adalah bercorak patchwork. Salah satu corak kesukaan saya dan ia amat sukar sekali nak dapat di sini.
Apabila bersama dengan kain, amatlah mengasyikkan saya. Kadang-kadang boleh tenggelam sendiri dalam kecantikan warna-warni fabrik bersama-sama idea-idea yang datang mencurah-curah. heheh..
Orang oder mihun goreng tapi pi masak maggi goreng..apa daa…sib baik mihun nak …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, produk »
Perincian tempahan adalah 1 sarung set tilam dengan pilihan corak ST036 dan sehelai selimut bercorak ST010. Fabrik adalah dari koleksi Fabrik Set Tilam Baby. Saiz ukuran tilam adalah diberi. Satu sarung tilam, 2 bantal peluk dan 2 bantal tidur.
Terima Kasih
Buat NorHarfilzan, Kuantan.
Tempahan dialu-alukan
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, produk »
Perincian Tempahan adalah 1 set tilam berjalur, 1 set sarung dan juga sehelai selimut. Fabrik bercorak Cute Animals. Masih ada dalam simpanan peribadi saya cukup2 untuk satu set tilam baby tu. Selepas aktiviti mengemas stok kain hari tu, saya tengok masih ada baki kain yang mencukupi untuk dijadikan sarung set tilam tersebut. Hmm rezeki Pn Fazura dapat corak yang cute ni, sebab sekarang, memang sangat susah nak dapat corak-corak cute seperti ini bagi lerang 96″. Jika lerang 45″, Fabrik dari jenis Japanese Cotton mungkin ada banyak pilihan…lagi cute mute dan …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
2 minggu lepas keadaan cuaca tak berapa baik..pagi panas terik petang hujan..risau pun ada juga sebabnya yang menempah hampir-hampir dengan due date bersalinnya..asal ada matahari cepat-cepat jemur…huhu letih jugak ambo dibuatnya..kata orang hujan hambat orang tua angkat kain..heheh..datangnya terus lebat.. jadi kenalah berjaga-jaga.. ..
Ada 2 tempahan serentak .. Alhamdulillah dapat juga disiapkan…
Tempahan set tidur baby pilihan corak ST010.. masih ada dalam koleksi Fabrik untuk set tidur baby
Yang ini kain sendiri… di hantar kepada saya melalui pos laju.. cukup mudah dan cepat.. hari ini hantar esoknya saya dah dapat.. angkat ibu …
