Articles tagged with: Fabrik cotton
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Jika mama punya kain pilihan sendiri … boleh hantar kepada saya untuk saya siapkan seperti yang dikehendaki. Dan yang ini adalah contoh yang telah saya terima. Mudah dan senang saja caranya. Yang ini sebagai contoh ya, hanya menggunakan sampul dokumen yang dari jenis tebal. Masukkan kain ke dalam sampul tu dan bungkus kemas mengikut saiz kain tu. Ringkas dan mudah sajakan. Dan poskan kepada saya menggunakan mana-mana perkhidmatan pos yang disediakan.
Dua pasang sarung set tidur baby yang ingin ditempah. Boleh buat gilir-gilir gitu…
Sarung yang telah siap dijahit dan dipasang pada …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Sarung untuk tilam baby kekabu asli pilihan ST 002. Seperti yang dikehendaki, ringkas dan cukup dengan kecomelan coraknya sahaja untuk baby perempuan. Siap dengan selimut baby.
Selimut baby yang dihiasi dengan lace ric rac.
Supaya selimut ini lebih gebu dan lembut buat baby, dialas dengan fabrik dari jenis flannel. Plain flannel.
Buat Wany dari Ampang, Selangor.
Tahniah buat mama Wany yang sudah pun selamat menyambut kelahiran putri sulongnya..:)
pakaian kanak-kanak »
Yang dihajat sudah dapat! Fabrik cotton untuk set tilam bayi. Saya mendapatkannya minggu lepas di kamdar, Kota Raya. Seronok juga di sana kerana ada bermacam-macam jenis fabrik yang kita boleh pilih. Harga-harganya pun masih berpatutan..
Jadi, setelah pilih-pilih dalam bermacam-macam jenis corak tu, saya berkenan yang inilah. Hmm kebanyakan corak dan warna untuk anak-anak kecil ni yang ada sama ada pink atau pun biru..so saya pilih birulah..dengan corak-corak yang comel ini saya dapat RM 6.80 per meter. Bidang 75 kalau tak silap..Lupa daaa. Lebarnya itu boleh buat langsir. Boleh jadikannya satu …
