Articles tagged with: Fabrik cotton
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Koleksi Pattern-pattern Selimut Baby
Semua pattern-pattern ini adalah direka berdasarkan corak-corak kain yang dihantar untuk disiapkan bersama set sarung tilam baby.
Kombinasi Material : Plain Flannel berdasarkan warna utama kain untuk buat selimut.
Direka untuk kegunaan anak-anak yang berusia dari umur 2 hingga 3 tahun dan ke atas.
Cadangan/Fungsi
Diguna sebagai receiving blanket ~ untuk baby newborn.
Sebagai alat bantu untuk anak-anak semasa proses pengasingan tempat tidur dengan IbuBapa.
Saiz: 35″ x 35″ untuk baby newborn.
Saiz :38″ x 35″ untuk kegunaan anak-anak 2 ~ 3 tahun dan ke atas
1 Anak 1 Selimut.
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi nampaknya tu.. rancangan saya, tiada kerja-kerja jahit antara waktu itu.. .. hehe biasalah dengan adanya anak-anak ni adalah rancangan dan agenda depa juge. Yela.. waktu yang dinanti-nantikan bagi diorang…hehe. hmm so masa dan peluang yang ada ini, kita ikut sajalah rancangan depa tu
Baiklah.. so sehingga ke tarikh itu iaitu 11 Mac senarai tempahan saya sudah penuh untuk saya “clear”kan…hehe Dan jika ada yang ingin membuat tempahan.. boleh aja selepas 20 Mac 2011 itu nanti. Insya Allah .. …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Tempahan adalah 1 set tilam plain dan fabrik untuk siapan sarung dihantar ke bilikJahit anggunFlora.com. Saiz tilam adalah saiz 51″ x 28″ x 5″. Saiz yang paling besar pernah saya buat setakat ini untuk set tilam baby .
Untuk siapan set sarung ini diserahkan 100% mengikut kreativiti saya. hmm… okeh boleh aja ..
so Me.. haaha just follow what my heart want to ..** (^___^)** ..
Buat sedikit penambahan kemasan ropol pada sarung bantal tidur dan bolster baby. Pada bantal tidur saya hanya buat ropol halus saja dan pasang disekeliling sarung …
pakaian kanak-kanak, pakaian wanita, Panduan »
Susah juga saya nak mencari dan mengumpul kain-kain yang sesuai untuk dijadikan set sarung tilam baby. Adeh, coraknya terhad juga setiap kedai. Paling banyak 2 hingga 3 corak aje. Dan jika mama-mama mempunyai pilihan kain sendiri adalah dialu-alukan dihantar ke bilikJahit untuk disiapkan bersama tempahan set tilam baby. Oleh itu, di sini saya mahu kongsikan antara tempat-tempat yang menyediakan kain-kain yang saya kira sangat menarik untuk dijadikan sarung tilam baby. Ini berdasarkan maklumat-maklumat kain sendiri yang telah dihantar dan dimaklumkan kepada saya. Jadi sedikit maklumat ini mungkin boleh membantu menyenangkan …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, pakaian wanita »
Alhamdulillah, syukur pada Tuhan sekalian alam yang telah memberi segala nikmat yang tak terhitung banyaknya. Terima kasih Allah
Okeh dengan sukacitanya saya ingin memperkenalkan mesin sulam berkomputer, Innovis-900…hehe. Dalam 2 minggu sudah berada di bilikJahit anggunFlora.com. Iye, saya sangat happy dengan si Innov ini Dengan adanya ia saya boleh menambah kemasan sulam pada kerja-kerja jahit saya. So dalam tempoh 2 minggu, saya sibuk mengeksplore kemampuan dia. Wah.. hebat juga Dan sekarang ini saya mahu kongsikan hasil buah sulongnya buat tempahan Kak Noryn.
Tempahan yang dibuat adalah, …
pakaian kanak-kanak »
Minggu depan anak teruna saya, akan menduduki peperiksaan akhir tahunnya kat Tadika Cahaya Al-Amin. Tadika pun ada periksa juga ye sekarang. Beza benar dulu dan sekarang. Dan, tahun ini adalah tahun terakhirnya disana. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Alhamdulillah 2 tahun dia disana, dengan kesungguhan ustazah-ustazahnya, push and push everyday, dia sudah boleh membaca, mengira, boleh menghafal surah-surah mudah, dan yang paling buat saya terharu ialah sebelum tidur dia akan membacakan doa untuk ibubapa dengan maknanya sekali. Emm.. itu hanya hati ibubapa saja yang tahu …… Jadi …
kenanganku milikmu »
Tempahan adalah 1 set tilam plain dan 1 set sarung. Kain untuk sarung set tilam telah dihantar ke bilikJahit anggunFlora.com. Pilihan adalah 2 jenis corak kain untuk dikombinasikan. Berjalur dan corak kartun comel-comel ini. Dan inilah hasilnya. Design terbaru yang dibuat di bilikJahit anggunFlora.com berdasarkan corak yang dihantar Bentuk simple. Yeah. I Like!
Terima kasih
Buat Ummie Kalsom, Sungai Petani, Kedah.
p/s: Dapatkan tawaran penjimatan bagi set tilam plain di facebook page bilikjahit anggunFlora.com.
Tempahan dialu-alukan
cahya_tmur@yahoo.com
0197454187
Selamat Datang »
BilikJahit ~ Disini, Eksplorasiku tentang Jahitan. Makin serius nampaknya tu..hehe…Alhamdulillah sudah SAH. Ia bermula apabila satu hari saya terbaca tentang menjalankan perniagaan di Internet . Pada mulanya, aktiviti ini adalah sebagai mengisi waktu lapang saya bersama anak-anak, tetapi sambutannya amat diluar jangkaan saya sehingga saya kadang-kadang terlebih tempoh tempahan daripada yang saya tetapkan iaitu 2 minggu. Dan daripada situ, saya fikir sepatutnya saya berdaftar dan biarlah semua urusan berjalan lancar. Ah, tak mahu saya dihambat oleh Mr-Mr SSM sono tu. Yang penting juga, saya dapat menyumbang khidmat bagi yang berminat …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Tempahan adalah 1 set tilam saiz sendiri dengan kain-kainnya untuk dibuat sarung telah dihantar ke bilikJahit anggunFlora.com.
Ukuran yang diberi untuk tempahan tilam ini adalah mengikut saiz baby cot atau katil bayi. 2 biji bantal peluk dan 2 biji bantal tidur. Tempahan untuk sarungnya adalah berbentuk Flange. Dan untuk tempahan set tilam ini, beg tetap disediakan dan dibuat mengikut saiz tilam bagi tujuan kemudahan penyimpanan.
Terima Kasih
Buat Munirah Azma, Selangor.
