Home » Archive

Articles tagged with: english design

pakaian kanak-kanak, pakaian wanita, Panduan »

[13 Nov 2010 | No Comment | 2,910 views]
Antara Tempat Untuk Beli Kain…

Susah juga saya nak mencari dan mengumpul kain-kain yang sesuai untuk dijadikan set sarung tilam baby. Adeh, coraknya terhad juga setiap kedai. Paling banyak 2 hingga 3 corak aje. Dan jika mama-mama mempunyai pilihan kain sendiri adalah dialu-alukan dihantar ke bilikJahit untuk disiapkan bersama tempahan set tilam baby. Oleh itu, di sini saya mahu kongsikan antara tempat-tempat yang menyediakan kain-kain yang saya kira sangat menarik  untuk dijadikan sarung tilam baby. Ini berdasarkan maklumat-maklumat kain sendiri yang telah dihantar dan dimaklumkan kepada saya. Jadi sedikit maklumat ini mungkin boleh membantu menyenangkan …

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »

[15 Oct 2010 | One Comment | 1,286 views]
1 Set Tilam saiz sendiri, sarung kain sendiri

Tempahan adalah 1 set tilam saiz baby cot atau katil baby. 2 biji bantal tidur dan juga 2 bantal peluk jenis bulat. Material sarungnya adalah jenis cotton patchwork dihantar ke bilikjahit anggunFlora.com.  Untuk sarung set tilam ini, saya hanya membuat potongan simple saja. Tak mo usik da… comel bangat coraknya tu. Dan saya hanya buat penambahan butang-butang saja untuk kemasan pada hujung-hujung tali  pada bantal peluk itu..

Terima kasih
Buat Azi & Suami, JB.

Selamat Datang »

[21 Sep 2010 | 3 Comments | 870 views]
Kembali ke BilikJahit :)

Mula kerja! Ya. Sudah tentu. So mulakan dengan lafaz Bismillah dan maniskan muka. Senyum Pasti seluruh isi dunia juga akan tersenyum kembali kepada kita. Seronoknya kita buat kerjakan..hehe.. tapi saya senyum depan skrin ajolah..hehe..muleh juge tu ye dak..hehe.
Dah bercuti lama, nampaknya dah berjujuk tempahan dalam senarai tu. Okeh so, semua bahan dah sedia untuk saya siapkan tempahan-tempahan yang telah diterima. Kekabu gred A, material untuk buat kulit isian kekabu, dan juga fabrik untuk dibuat sarung-sarungnya.
Berkenaan dengan fabrik dalam Koleksi Fabrik bilikJahit anggunFlora.com, saya ada buat perubahan dari susun …

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, pakaian wanita »

[16 Aug 2010 | No Comment | 1,616 views]
Set Tilam berjalur ~ Corak ST040

Alhamdulillah, hari ini sudah hari ke enam kita berpuasa ye. Semoga Allah memberkati amalan yang kita telah usahakan pada hari-hari sebelum ini. Dan untuk hari yang akan kita lalui dan tempohi, masih panjang lagi ni, teruskan berazam mahu meningkatkan lagi mutu amalan kita. Chaiyok gtu
Baiklah kali ini tempahan adalah 1 set tilam berjalur dengan pilihan corak ST040, kain adalah dari koleksi anggunFlora.com bersama tambahan tempahan 1 diapers bag atau tote bag. Perincian tempahan adalah beg mahu disiapkan dengan zip bersama riben.

Yang ini saiz beg adalah 12″ x 18″ …

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, produk »

[6 Aug 2010 | 3 Comments | 2,288 views]
Set Tilam Plain ~ Corak ST038 & ST037

Tempahan adalah set tidur baby plain dengan pilihan corak kain ST038 dan ST037. Tambahan tempahan adalah sehelai selimut dari kain corak ST038.

Terima kasih
Buat Norana Hashim, Tenggaroh 2, Johor.
Tempahan dialu-alukan

Featured, hiasan rumah, kenanganku milikmu, pakaian wanita »

[11 Feb 2010 | No Comment | 1,182 views]
Set Sentiasa, Mama Anggun di Dapur

Terimalah, lagi produk dari anggunFlora Set Sentiasa, Mama Anggun di Dapur. Set ini sedia untuk tempahan di anggunFlora secara online.  Ia merangkumi sehelai apron separuh, 2 pemegang periuk panas dan 1 pelapik tahan panas.

Material yang diguna adalah cotton jenis tebal. Sesuai  untuk kerja-kerja mama di dapur yang yang lasak tetapi mahu sentiasa anggun…depan anak2 ke..hehe lebih-lebih lagi depan cik abe teww ..mahu jer nak  nampak cun-cun selalu gitu…

Apron Separuh ini juga dihias dengan poket..poket tu mama boleh simpan kitchen towel atau beberapa ringgit duit kecil..kotlah ada van ikan lalu depan …

kenanganku milikmu »

[21 Oct 2009 | No Comment | 2,097 views]
Beg Serba Guna (MPB)

Tote bag atau juga dipanggil beg serba guna. Saya panggil  MPB . Sajalah buat beg ini. Ada lebihan kain langsir corak bunga-bunga (english design), sebab bunga-bunganya yang lawa itu, jadi cubalah buat satu ini..

Tote bag ini saya buat bersaiz 15″W x 12″H x 5″D. Panjang tali 24″ . Pasang  riben. Bagi comel sket

Buat 6 poket.Hihihi awak.. dengan poket-poket ni, isilah macam-macam…lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil. Pampers, travel tissue, sapu tangan, handphone sudah tentu ..hmm suka hatilah nak letak apa..muahahaha…

Rujukan
http://craftywench.typepad.com/knittingwench/2007/07/very-easy-tote-.html
http://www.supereggplant.com/archives/000216.html
http://toteboutique.blogspot.com
atau
Google je tote bag tutorial …

Related Posts with Thumbnails