Siapan Sarung Comforter
3 bulan telah berlalu. Dan inilah antara model kecil saya terkini yang menjadi sumber inspirasi saya dalam membuat aktiviti jahit-menjahit
. Kali ini saya mahu paparkan contoh siapan bagi sarung comforter.
Sebenarnya yang ini adalah tilam nipis untuk baby. Kecil aja. Dihadiahkan oleh sahabat saya hampir 7 tahun lepas untuk anak sulung saya. Saya telah gunakan untuk kesemua 5 orang anak-anak saya. Iya, dibasuh, dicuci, diguna ke sana-sini, pudar jugaklah warna asalnya. Sayang saya kat tilam ni tau
Jadi saya buatkan sarung gantinya, supaya yang pudar kembali berseri
. Yang ini dibuat mengikut ukuran saiz tilam. Jahit sekeliling. Ringkas dan bersahaja. Dan pada bahagian bukaan sarung saya siapkan dengan kemasan butang. Dan apabila
ditutup bukaannya dengan butang, nampaklah seperti dalam photo ini… :)
~ Baby Habib, 3 bulan ~
Semasa ini digunakan, buat lapik dalam multipurpose car seat ![]()
dan fabrik yang digunakan adalah ST903 .
p/s: sekarang saya ada 3 comforter dewasa yang perlu dibuat sarung barunya.
Biar lebih comfy tidoq!..hehe















