Home » kenanganku milikmu

Set Tilam baby ~ Kain Sendiri

20 April 2010 3,401 views No Comment

Jika kain sendiri.. Yang ini Irda menggunakan plastik beg dari perkhidmatan posLaju… sampai ke bilik jahit dengan selamatnya :)

Tempahan 1 set tilam baby dan 2 set sarung tilam. 2 jenis corak.

Disebabkan kain corak ini banyak sangat yang lebihnya, buatlah selimut baby. Alas dengan kain flannel putih.  Biar lengkap set tidur baby gitu ..

Ada lebih lagi.. Nursing Cover pattern NC24

Lagi ada lebih, boleh buat 5 keping barut perut baby. Tali barut adalah dari fabrik cotton, bukan yang dari polyester. Yang ini saya kira free saizla yek.. berdasarkan pengalaman berat anak-anak  yang dari 3.++ kg ~2.++ kg.. smua boleh pakai hingga anak-anak berumur 5~6 bulan gitu..saya miss untuk snap gambar keseluruhan barut ni..saiznya lebih kurang 5″ x 9″ dan ada  lengkungan pada bahagian tengah belakang. Tau kan itu untuk elak daripada terkena yak baby..hihih

Alas dengan flannel putih.

Last, ada lebih lagi, buat diaper stacker saiz ‘s’.  Dengan saiz ini, boleh simpan diapers dari 20~ 25 keping. DS ini saya buat berzip. Guna zip sembunyi. Boleh aja sangkut walau di mana-mana. Sebabnya saya letak butang ketip pada bahagian tali penyangkutnya itu di bahagian belakang. Boleh sangkut di hanger baju tu..Jadi, sememang tak perlu susah hati nak sangkut kat mana nanti ya.. heheh

Inilah, cerita yang berlaku dalam tempoh 2 minggu ini..  :)

Buat Irda Marini, KL.

Terima Kasih :)

Related Posts with Thumbnails
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.