Home » pakaian kanak-kanak

Projek Semasa – Set Tilam Bayi – Siap!

11 August 2009 7,712 views 4 Comments

Set tilam bayi

1) 1 biji bantal tidur

2) 2 biji bantal peluk

3) 1 tilam

4) 1 helai selimut….

Alhamdulillah..baru berkesempatan untuk memaparkan hasil jahitan set tilam bayi ini.  Yup..inilah hasilnya. Puas hati dapat layan rasa untuk buat sendiri set tilam bayi ini. Seronok tau! :-) Tau kan perasaan itu bila kita dapat jahit sesuatu dan ia menjadi..tambah pula disukai, owh alangkah bahgianya.. :) heheh .. kata orang macam ini boleh jadi terapi juga eh.. terapi jiwa!

Saya buat ringkas saja sarung untuk set tilam ini, saya kira corak-corak dikain itu sudah cukup comel. Untuk bantal peluk saya buat bentuk empat segi. Ini kerana dari pengalaman saya menggunakan bantal peluk bulat untuk anak, semasa menyusukan anak sambil baring  ye..jika nak mengiringkan anak itu, bantal tu tak melekat dibelakangnya, tetapi bergolek ke belakang.. kita terpaksa pegang bantal itu juga. Jadi, dengan bentuk  ini, saya tidak perlu pegang bantal tu. Jadi tiada masalah lagi untuk anak mengiring dengan selesa semasa menyusu.

dlmplaypen

Saiz tilam saya buat ikut saiz dasar playpen, 40″ x 27″. Besarkan. Kanak-kanak 3-4 tahun pun boleh guna saiz ini. Masih mengaplikasikan konsep ringkas, jadi saya pasangkan zip pada sarung tilam ini. Lebih kemas gitukan!

pasang_zip

Satu helai selimut sebagai pelengkap  set tilam itu. Pasang  renda di bahaagian atas selimut  supaya nampak menarik (kena improve lagi kot…hahaha…) Selimut ini saya tak letak batting pun. Hanya lapis 2 kain tersebut. Batting yang saya mahu untuk selimut tak dapat dicari lagi di kawasan tempat saya tinggal..hmm….dimana ya?

selimut_baby

Inilah model kecil saya yang baru berusia 5 hari semasa menggunakan set tilam baru ini. Nampak sungguh selesa dia tidur atas tilam itu. Tilam isian kekabu asli. Sejuk dan nyaman! :)

hannah_alani

Anda boleh klik di sini untuk dapatkan tutorial buat sendiri bantal anak menggunakan kekabu asli. Mudah saja, setiap langkah disertai dengan gambar-gambar yang jelas. Dan rasailah keseronokan menjahit sendiri! :D

Related Posts with Thumbnails
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

4 Comments »

  • Aliya said:

    Comelnye model..hehe…

  • nik said:

    kak saya berminat untuk tempah set seperti ini. berapa harganya.
    sila balas ke email saya ye

    TQ

    [niah: Salam nik, Ok da balas emel :D ]

  • widad said:

    salam kak. saye pun nk order la set ni. lawo sgt. bape ringgit ye? tolong emaill kt saye ye….tq :)

  • nooraini bt. saari said:

    saya nak tahu harga 1set tilam baby? dan ada berapa corak serta warna?

    [niah: boleh chek emel ye..:) tq]

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.