Pilihan Corak ST010 dan JC030
Tempahan yang dibuat adalah 1 set sarung tilam baby, sehelai selimut dan 10 keping barut baby bervelcro. Saiz ukuran sarung adalah ukuran set tilam baby buatan bilikjahit anggunFlora.com. Pilihan fabrik adalah corak ST010 dari koleksi Fabrik anggunFlora.com.
Sehelai selimut bersaiz 38X31. Sama saiz dengan saiz tilam baby. Agak besar kerana pada pengamatan saya anak-anak lebih gemar menggunakan selimutnya sewaktu berusia dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun dan ke atas. Sebab itulah saya suka buat yang bersaiz ini. Suka tengok anak-anak peluk selimutnya bila mahu tidur. Ada tu bila bermain dibuat hamparan untuk letak mainannya. Main-main sembunyi bawah selimutnya. Dan ada tu juga dihampar selimutnya dan buat gaya solat. Rukuk, sujud atas selimutnya. Anak-anak
Hanya hati ibu bapa saja yang tahu. Biarkan ia bermain sepuas-puasnya dengan selimutnya itu. Mama sememangnya hadiahkan untukmu sayang!
10 keping barut baby corak JC030. Fabrik barukhas untuk barut baby. Boleh semak dibahagian koleksi Fabrik untuk Barut baby untuk pilihan warna. Perincian tempahan barut adalah yang bervelcro. Alas dengan Flannel putih.
Terima Kasih ![]()
Buat Azreen, Klang, Selangor.
















Leave your response!
You must be logged in to post a comment.