Pada 14/10/2010 yang lepas, stok kain untuk set tilam baby pilihan plain telah pun kehabisan stok. Dan hari ini, saya ingin menunjukkan kain baru bagi set tilam bagi pilihan plain. Saya masih mengekalkan kualiti kainnya, agak tebal dengan daging kainnya kukuh dan mantap. Pilihan warna kali ini adalah gelap sikit, warnanya hampir nak ke kelabu
Jadi bagi yang ingin menempah set tilam baby dengan pilihan plain, bolehlah menempahnya. Dan disini saya tawarkan bagi 5 penempahan yang pertama bermula hari ini iaitu 20/10/10 sehingga 31/10/2010, ada potongan harga set tilam …
Baca seterusnya »»»Tempahan adalah 1 set tilam saiz baby cot atau katil baby. 2 biji bantal tidur dan juga 2 bantal peluk jenis bulat. Material sarungnya adalah jenis cotton patchwork dihantar ke bilikjahit anggunFlora.com. Untuk sarung set tilam ini, saya hanya membuat potongan simple saja. Tak mo usik da… comel bangat coraknya tu. Dan saya hanya buat penambahan butang-butang saja untuk kemasan pada hujung-hujung tali pada bantal peluk itu..
Terima kasih
Buat Azi & Suami, JB.
BilikJahit ~ Disini, Eksplorasiku tentang Jahitan. Makin serius nampaknya tu..hehe…Alhamdulillah sudah SAH. Ia bermula apabila satu hari saya terbaca tentang menjalankan perniagaan di Internet . Pada mulanya, aktiviti ini adalah sebagai mengisi waktu lapang saya bersama anak-anak, tetapi sambutannya amat diluar jangkaan saya sehingga saya kadang-kadang terlebih tempoh tempahan daripada yang saya tetapkan iaitu 2 minggu. Dan daripada situ, saya fikir sepatutnya saya berdaftar dan biarlah semua urusan berjalan lancar. Ah, tak mahu saya dihambat oleh Mr-Mr SSM sono tu. Yang penting juga, saya dapat menyumbang khidmat bagi yang berminat …
Baca seterusnya »»»Tempahan adalah 2 set sarung tilam baby dan diapers stacker. Pilihan corak adalah dari koleksi fabrik anggunFlora.com iaitu JP051 untuk diapers stacker manakala JP049 dan JP042 untuk 1 set tilam baby.
Terima Kasih
Buat Azreen, Shah Alam, Selangor.
Tempahan adalah 1 set tilam saiz sendiri dengan kain-kainnya untuk dibuat sarung telah dihantar ke bilikJahit anggunFlora.com.
Ukuran yang diberi untuk tempahan tilam ini adalah mengikut saiz baby cot atau katil bayi. 2 biji bantal peluk dan 2 biji bantal tidur. Tempahan untuk sarungnya adalah berbentuk Flange. Dan untuk tempahan set tilam ini, beg tetap disediakan dan dibuat mengikut saiz tilam bagi tujuan kemudahan penyimpanan.
Terima Kasih
Buat Munirah Azma, Selangor.
Mula kerja! Ya. Sudah tentu. So mulakan dengan lafaz Bismillah dan maniskan muka. Senyum Pasti seluruh isi dunia juga akan tersenyum kembali kepada kita. Seronoknya kita buat kerjakan..hehe.. tapi saya senyum depan skrin ajolah..hehe..muleh juge tu ye dak..hehe.
Dah bercuti lama, nampaknya dah berjujuk tempahan dalam senarai tu. Okeh so, semua bahan dah sedia untuk saya siapkan tempahan-tempahan yang telah diterima. Kekabu gred A, material untuk buat kulit isian kekabu, dan juga fabrik untuk dibuat sarung-sarungnya.
Berkenaan dengan fabrik dalam Koleksi Fabrik bilikJahit anggunFlora.com, saya ada buat perubahan dari susun …