Kapur penanda untuk fabrik, jika diguna berulang-ulang akan tumpul juga. Jika jatuh, patah pun ada..macam pensil tulis aje sifatnya..
Satu hari saya pergi ke kedai yang menjual peralatan jahitan untuk mengambil gunting saya yang kena baiki, dalam pada menunggu gunting saya sampai, saya tengok-tengok barang-barang yang ada dalam kedai tersebut. Kemudian saya tertarik dengan satu barang ini..setelah bertanya pada orang kedai, barulah saya tahu alat tersebut adalah untuk mengasah kapur penanda kain.
Saya tambahkannya menjadi koleksi saya Ini kerana saya mempunyai kapur-kapur yang sudah tumpul. Pecah-pecahan kecil pun ada. Jadi …
Baca seterusnya »»»Salam semua,
Fewh…lamanya tidak memblog. Anak-anak kecil tidak sihat. Seorang terkena, kendiannya lepas seorang-seorang lah pulak yang kena. Kini. alhamdulillah, mereka semua sekarang sihat sepenuhnya. Pernah dengar tak penyakit G6PD. Salah seorang kembar saya ada mengalaminya. Kembar saya sepasang iaitu lelaki dan perempuan. Yang mengalami kekurangan enzim G6PD ini adalah yang lelaki(second twin). Doktor telah mengesahkannya sewaktu mereka baru lahir. Pantang bagi anak yang ada G6PD mengikut arahan doktor adalah kacang parang dan juga ubat gegat. Ini mesti atau wajib dielakkan. Ia tersangat-sangat bahaya, boleh membawa maut! Takutnya saya apabila mendengarnya. …
Raya lambat lagi..tapi da ada yang sedia untuk raya. Cari tempat untuk tempah baju. Ada yang pre test dulu dengan tukang jahit. Kalau suka nanti jahit lagi yang betul-betul untuk raya. Jangan terkejut. Puasa pun lambat lagi ni Tapi bahangnya kat kedai kain tu boleh tahan. Bagi yang mahu sedondon satu keluarga semasa raya, beli kain terus satu gulung..hmm jimat katanya! Buat persediaan sedikit-sedikit. Lama-lama jadi bukit. Nanti masa raya tak delah sakit-sakit nak keluar duit. hahaha..Macam tulah setiap tahun. Dan saya, seperti tahun-tahun sebelum ni…setelah saya melekat …
Baca seterusnya »»»Ada dua bilik jahit yang perlu diurus..heheh..jadi yang maya ini kadang-kadang kena tinggal-tinggalkan. Dalam pada sibuk ngan kain-kain customer..saya teringin pulak nak melaram ngan baju liplap-liplap..heheh mengidam ke? Pergi kedai kain, pilih..pilih berkenan dengan kain jenis lembut yang ada tempet2 bulat kilau merata..nipis.. kena sedia liningnya pulak.. so kena angkat jugalaa..
Bila dah sampai rumah ..plan-plan..saya decide nak buat kurung moden. Jadi inilah hasilnya..kurung moden lining. Leher saya buat bulat..macam kebanyakkan leher mak datin tuu..bahagian tangan saya buat layer.. dua lapis.. dan jahit tepi halus dengan benang yang sama warna dengan …
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kain bedung untuk anak yang baru lahir.
Biasanya kita menggunakan kain kapas @ cotton putih. Potongan 1 ela.
Jadi, saya mencadangkan kita ubah sikit supaya nampak lebih menarik. Kain kapas berwarna, kosong dan jahit tepi halus sekeliling berlainan warna dengan warna kain. Potongan 1meter persegi.
Macam ini, pasti kaki anak tidak terkeluar walaupun dia menggeliat. Kemas saja dia kena bungkus..hehehe..tidurnya pun lena dan lama. Tak delah asyik nak terkejut aje dia. Jadi, bagi ibunya yang dalam pantang, bolehlah rehat atau bertungku, mengurut,makan …
Salam semua,
Selamat datang tahun baru 2009 dan salam maal hijrah 1430 saya ucapkan. Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang lebih bererti dalam hidup kita. Teruskan segala yang dirancang pada tahun 2008 dan laksanakan pada tahun 2009 bersama semangat dan azam. Insya Allah ada hasilnya nanti sedang menanti kita ..
Baiklah, pada tahun lepas 2008, saya telah membuat beberapa pembaharuan untuk anggunflora.com. Kalau dahulu hanya menjual tudung-tudung bawal dan kain-kain pasang, tetapi sekarang saya telah menambah lagi perkhidmatan iaitu mengambil tempahan membuat pakaian wanita. Jadi pada tahun …