Bib untuk baby Hannah. Sekarang bb dah 5 bulan. Da mula mahu makan-makan. Tengok je abang-abang n kakaknya makan, bb pun macam nak makan juga…hehe makan jari ajolah dia. Jadi buatlah bib ini dan mula buat bubur.
Untuk bib ini saya guna kain lampin ajo dan untuk coat tepi tu guna satin bias tape. Jahit guna tapak kun/piping. Itu nak bagi nampak cun hehe, kalo sebelum ni, sangkut je lampin tu kat baju bb. Seenang kojo. Ni buat sebab embroidery sticker yang comel-comel teww. Membuatkan hati tidak senang..mm bila da siap… …
Baca seterusnya »»»Setelah beberapa jam meluangkan waktu, siap sudah vest untuk baju tadika Harith tu.. dua helai. Bolehlah dulu untuk dia pakai sampai pertengahan tahun nanti. Budak-budak pakai, cepat je tinggal kesan kotoran..payah nak tanggal pulak tuh..
Jadi format untuk tahun ini, bagi vestnya itu tiada potongan pada bahagian sisi rusuk kiri dan kanan. Cantuman hanya dibuat pada atas bahu saja. Oh rupanya, cara ini lagi mudah, hanya lipat dua kain, tebuk leher belakang, leher depan dan seterusnya bahagian lubang lengan. Kemudian pasang kun sekeliling…
Abaikan meja potong saya yang dah berwarna-warni teww.. …
Baca seterusnya »»»Hem da seminggu mula sekolah..baru boleh buat untuk Harith..nilah bila uminya sibuk ngan orang lain punya kain. Dan akhirnya.. dapat juga buat dua pasang..cuma vestnya belum siap lagi. Tengah study lagi..hehe.. Masa hari pendaftaran kat tadika sebelum ni, ada tengok format vestnya tu..ada lain sikit cara potongannya berbanding sebelum ni..haaa ini macam nak dapat ilmu baru nih …
Untuk titun Harith…
Pakaian seragam Tadika Cahaya Al-Amin
Bila da selesai buat baju-baju tu, terpandanglah board seterika yang sudah longlai sarungnya..ada comot dengan koyak-koyak ..tapi sebab spannya masih elok lagi jadi buang cover …
Baca seterusnya »»»Cuba untuk memiliki sendiri alat untuk membuat butang bungkus..sunggguh tidak berbaloi jika untuk kegunaan sendiri atau hanya guna sekali-kala. Membazir…Mahal wooo alat penekan bersama acuan-acuan nya itu.
Sebagai penyelesaiannya jika hendak buat sendiri bolehlah ikuti langkah-langkah ini:-
Kain potong bulat
Jahit jelujur sekeliling ikut butang. Jarakkan biar lepas mulut acuan itu.
Tekan butang dan tarik benang.
Tarik kemas-kemas. Biar padat bersama acuan butang itu. Kemudian matikan benang.
Pasang penutup acuan. Tekan kuat-kuat ke dalam acuan sehingga kukuh. Okey..butang bungkus siap!
Bukan telur bungkus ye
Macam mana ye ko pandai menjahit? Soalan biasa yang saya terima. Itu yang saya terima. Saya percaya ada penjahit-penjahit lain juga mendapat pertanyaan yang sama seperti saya. Lebih ekstrim soalannya berbunyi…pakai jin ka? Atau lain soalan, dapat ilmu menurun ke? huhuhu..Ya ada sesetengah orang, Allah berikan ilmu itu melalui makhluk lain..Ha yang ini lain cerita U.
Ok, di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai buku-buku jahitan yang ada dipasaran sekarang ini yang telah menjadi koleksi saya. Asalnya adalah hobi semata-mata. Hanya untuk mengisi masa yang terluang sambil bermain dengan anak-anak. …
Lagi Nursing Cover Pattern nc15 bersaiz .38″ X 30″. Fresh-fresh dari bilik jahit anggunFlora gitu . Dibuat dengan style fabrik flower menghiasi bahu kanan mama anggun. Biar mama sentiasa anggun dan ceria semasa menyusu baby
Masih menggunakan fabrik dari english cotton. Mempunyai tali yang boleh dilaras mengikut keselesaan mama.
Untuk tetingkap pula, sebelum ini saya menggunakan pita keras, tetapi untuk design ini saya menggunakan bonning, supaya lebih memudahkan mama untuk monitor baby semasa menyusu..
Poket bersaiz 8″x 6″. Selain nursing pad, travel tissue, soft toy baby yang kecil-kecil boleh …