Home » Panduan

Oh..kain berbatu!

14 May 2009 1,420 views No Comment

Kali ini saya dapat kain berbatu. Besar-besar pulak tu batunya. Material viscose. Senang bekerja dengan cik kak ni sebab jenis  materialnya  itu seperti cotton tetapi lebih lembut dan gebu gitu. Sedap je rasa dikulit..sejuk…!

Iye, memang mudah nak uruskan jenis kain ini, bermula dari menanda, menggunting hinggalah ke siapan terakhir, memang tak da masalah. Tetapi jika dah berbatu, inilah yang nak kena berhati-hati supaya kain tak rosak dan jarum mesin tak patah.

Jadi supaya hal yang tak diingini itu berlaku, yang sudah tentunya akan melambatkan kerja jika terjadi, sebaiknya batu-batu itu dibuang. Eheh bukan semua..yang kena buangnya ditempat laluan tapak mesin sahaja supaya semasa kain lalu dibawah tapak jahit jarum mesin tak tertikam batu-batu itu.

Cara nak membuangnya, kutis saja dengan jari..jika gam yang melekat tu dengil sangat gunalah gunting kecil atau gunting benang.

Jika mesin jahit tepi, bolehla nampak batu-batu itu..

Jika mesin jahit biasa, tak nampak batu-batu itu..jadi semasa menjahit rasalah dengan jari atau selak selapis kain yang hendak dicantum sebelum kain lalu di bawah tapak mesin…

Jika cuai, inilah padahnya..dah berjaga-jaga pun tertikam juga..

Patah dua jarum ku itu..

Batu pecah, hancur ditikam jarum..kain boleh jadi koyak sedikit..hati-hati kak..

Hmm inilah satu cara, boleh selesaikan dua masalah…batu oh batu!

Cantuman yang telah siap dilaluan berbatu :D

Related Posts with Thumbnails
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.