Home » aksesori menjahit

Lain sifu lain tekniknya

27 December 2009 1,669 views No Comment

Macam mana ye ko pandai menjahit?  Soalan biasa yang saya terima. Itu yang saya terima. Saya percaya ada penjahit-penjahit lain juga mendapat pertanyaan yang sama seperti saya. Lebih ekstrim soalannya berbunyi…pakai jin ka? Atau lain soalan, dapat ilmu menurun ke? huhuhu..Ya ada sesetengah orang, Allah berikan ilmu itu melalui makhluk lain..Ha yang ini lain cerita U.

Ok, di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai buku-buku jahitan yang ada dipasaran sekarang ini yang telah menjadi koleksi saya.  Asalnya adalah hobi semata-mata. Hanya untuk mengisi masa yang terluang sambil bermain dengan anak-anak. Tetapi itulah rezeki Allah itu Maha Luas. Daripada hobi menjadi bisnes pulak. Bertambah-tambah seronoklah saya. Dengan buku-buku ini saya memperkemaskan lagi seni jahitan saya. Saya ada sifu ma..satu jauh nun di Timur sana, dan satu nin di  Selatan sini.

kol_bkrj

~ Koleksi dari karangan Rosita Jaafar ~

kol_mab

~ Koleksi dari karangan Mariam Abu Bakar ~

kol_lain2

~ Koleksi dari lain-lain pengarang ~

Jika dah minat..berapa habis pun tak kisah. Dan saya juga merasa penangannya. hehehe..itu baru buku-buku sahaja. Tidak termasuk barang-barang jahitan, material-material yang hendak diguna..ah tidak apa-apa bagi penjahit, ada pulangannya nanti, bagi hobbiest pula… aaa sendiri tau tau la :P

Ramai guru dan banyak rujukan dalam menjahit ada banyak kelebihannya. Antaranya ialah kita dapat mempelajari teknik-teknik yang mereka gunakan dan setelah itu mempraktikkan ke dalam kerja-kerja kita. Daripada banyak-banyak teknik itu, kita boleh tahu yang mana lebih selesa dengan cara kerja kita dalam menghasilkan sesuatu jahitan. Ada juga secara tak langsung kita boleh mengkombinasikan teknik-teknik tersebut lalu manfaatnya ialah  masa menjahit dapat dipendekkan, mungkin kos jahitan dapat dikurangkan atau juga kreativiti seseorang itu dapat ditingkatkan. Emm disepadukan lagi dengan penggunaan mesin yang mantap. Juki, Janome, Singer..ummph walla!

Related Posts with Thumbnails
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.