Home » produk

Kekabu Gred A

5 July 2010 1,149 views No Comment

Kekabu Gred A. Sekarang saya ingin memperkenalkan kekabu asli proses dari jenis Gred A pula. Kabunya itu nampak lebih berurat dan lebih ringan. Berat 1 beg kekabu asli proses Gred A ini ialah lebih kurang 1kg sahaja. Dan untuk menyiapkan 1 set tilam baby bersaiz 38×31 ini memerlukan 2 setengah beg.  Kekabunya saya sangat berpuas hati kerana ia BERSIH. Tiada campuran sampah yang merisaukan hati. Sudah tentu yang terpilih dari anggunFlora.com. Iyalah, kena berhati-hati pilih kabunya. Baby yang nak guna dik Non weh!

1 beg hanya dapat 2 bakul penuh setelah digebukan.

Gambar Perincian kekabu Asli Proses gred A

Set Tidur baby yang baru siap diisi dengan kabu asli proses Gred A. Kabunya kuat melekat pada kain dan bila angin datang mudah berterbangan di bawa angin. Nak tanggalkan kabu yang kuat melekat di kulit tilam dan bantal ini, saya kena menggunakan vacum. Kalau bedal, kabunya akan berterbangan dan jatuh semula di atas tilam tu…. sebelum dapat idea guna vacum.. jenuh ambo bedal tilam tu tapi tak pergi2 juga kabu2 tu..berterbangan tetapi jatuh semula di atas tilam..hahaha..poning kepalo ambo dibuatnya.. bila dah siap berat 1 set tidur baby ini hanyalah lebih kurang 2.5kg sahaja. Cukup ringan dan mudah diangkat. Elok juga gitu..

Tempahan dialu-alukan

p/s: Harga set tidur baby dibahagian Tempahan set tidur baby adalah harga yang menggunakan kekabu asli Proses Gred A yang mana PENAMBAHAN RM15 telah dibuat. Hanya RM15  dan Poslaju adalah RM28 untuk 1 set tilam tersebut . Kabu Gred B yang guna sebelum ini sudah ketiadaan stok..Harap maklum!

Related Posts with Thumbnails
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.