Home » aksesori menjahit

Tiada kelim karipap, lebih jitu dan lebih lancar!

13 April 2009 4,377 views 12 Comments

Kapur penanda untuk fabrik, jika diguna berulang-ulang akan tumpul juga. Jika jatuh, patah pun ada..macam pensil tulis aje sifatnya..

Satu hari saya pergi ke kedai yang menjual peralatan jahitan untuk mengambil gunting saya yang kena baiki, dalam pada menunggu gunting saya sampai, saya tengok-tengok barang-barang yang ada dalam kedai tersebut. Kemudian saya tertarik dengan satu barang ini..setelah bertanya pada orang kedai, barulah saya tahu alat tersebut adalah untuk mengasah kapur penanda kain.

Saya tambahkannya menjadi koleksi saya  :)   Ini kerana saya mempunyai kapur-kapur yang sudah tumpul. Pecah-pecahan kecil pun ada. Jadi saya merasa seronok dengan adanya alat ini semua kapur-kapur yang saya tidak gunakan boleh diguna semula..

Itulah dengan adanya alat pengasah ini kerja-kerja menanda ukuran menjadi lebih jitu, mudah dan lancar .  Tiada lagi garisan yang terputus-putus atau macam kelim karipap tu, garisan lebih licin dan halus. Lebih-lebih lagi bila berurusan dengan kain-kain lembut, memang mudah kerja :-) ..Yang sukanya ia membuatkan saya terus merasa seronok sepanjang menyiapkan sesuatu jahitan! :)

Untuk mengetahui cara guna alat pengasah kapur jahit ini, klik di link ini http://bilikjahit.anggunflora.com/?p=977

Related Posts with Thumbnails
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

12 Comments »

  • ruby said:

    salam..
    Saya nak tanya..anda pernah dimana mesen butang bungkus di jual?
    juga tapak piping…
    tq

  • Niah Abdullah said:

    Salam ruby,
    Mesin untuk bungkus butang setahu saya kalau nak kena tempah dengan kedai yg jual peralatan jahitan. Mesinnya agak mahal bersama acuan2 nya tu..samalah tapak piping (untuk mesin industri) jika yang datang bersama mesin(jenis portable tu) itu kena rujuk pada pembekal asalnyalah lebih baik..tapi kalau ada yg sesuai..boleh aja diguna bersama..

  • liza said:

    salam…
    boleh saya tahu di mana niah beli pengasah kapur penanda ni? saya memang tercari-cari pengasah seperti ini. saya tinggal di shah alam…

    TQ

  • Niah Abdullah said:

    salam liza..
    antara kita jauh la sangat..saya tinggal di kawasan skudai, johor. kalau liza ada datang sini boleh ke taman tun aminah..atau ke angsana shopping complex..disitu ada pusat kraftangan..macam-macam ada..seronok untuk penjahit-penjahit atau crafters… :D

    p/s : kalo nak kirim..buleh juge..hehe

  • liza said:

    alamak jauh lah pulak…..

    nak kirim boleh…berapa harga pengasah kapur ni?

  • Niah Abdullah said:

    kalo tak silap harga dlm RM8 satu gtu. nt saya update semula. kalo nak leh bg alamt ..aha nt saya pos..

  • murnie73 said:

    salam,
    kak niah. Pengasah kapur tu di angsana ker? Apa nama kedainye.. Saya nak beli lah..

    Liza, nak tanya awak guna mesin jahit jenis apa yer? Saya guna mesin industri Juki. Biasa nak beli barang2 jahitan di sHAh Alam kat mana yang senang dan macam2 ada yer?

    TQ

  • murnie73 said:

    Jika ada apa2 info berkenaan kedai2 barang2 jahit yang wat promition ke bleh lah info saya, saya berminat sangat nak tau.. expecially area Puchong, Shah Alam, Subang, Klang dan PJ ker.. TQ

  • afrina said:

    HAI,
    UTK PIPING ADA JUGA KE TAPAK NYA? SELAIN TAPAK ZIP ADA TAPAK APA LAGI UNTUK MESIN JAHIT INDUSTRY?

    TERIMA KACIH

  • Niah Abdullah said:

    murnie,
    angsana level 3..pusat kraftangan impian

  • Niah Abdullah said:

    afrina,
    boleh lihat post Koleksi Tapak Mesin Jahit Industri(update)
    klik http://bilikjahit.anggunflora.com/?p=77

  • eni said:

    salamz….jez nak tanya..u ade buat jahit beg untuk baby x? means beg untuk isi diapers, botol susu…etc..kalau ade contact me boleh.?

    suhaini
    **edited**

    p/s: i nk hadiahkan kat kawan..fes baby..die suke sgt nk beg baby nih..kalau boeh beg mcm criter adamaya tuh..hehe..si mia punyer tuh.:P

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.