Jika kain sendiri …
Jika mama punya kain pilihan sendiri … boleh hantar kepada saya untuk saya siapkan seperti yang dikehendaki. Dan yang ini adalah contoh yang telah saya terima. Mudah dan senang saja caranya. Yang ini sebagai contoh ya, hanya menggunakan sampul dokumen yang dari jenis tebal. Masukkan kain ke dalam sampul tu dan bungkus kemas mengikut saiz kain tu. Ringkas dan mudah sajakan. Dan poskan kepada saya menggunakan mana-mana perkhidmatan pos yang disediakan.
Dua pasang sarung set tidur baby yang ingin ditempah. Boleh buat gilir-gilir gitu…
Sarung yang telah siap dijahit dan dipasang pada tilam baby.. cute je pilihan fabriknya !!
Daripada Dr. Suhaila, Pasir Tumboh, Kelantan.
Kepada mama yang mempunyai kain pilihan sendiri, bolehlah berbuat demikian. SMS/emel untuk dapatkan alamat saya.
p/s: Untuk Nursing Cover pun boleh juga hantar kain untuk saya siapkan.













Untuk set tilam.. jika nak beli kain sendiri berapa meter? bagaimana pula dengan upahnya?
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.