Fokus..fokus…
Menjahit..siapa kata mudah. Bagi saya tak juga. Dulu saya ingat menjahit mudah saja berbanding mengadap komputer membuat programming. Pening-pening dengan modul aturcara. Rupa-rupanya tak banyak bezanya juga antara menjahit dengan membuat programming..yang penting semasa melaksanakan setiap bahagian kita kena fokus…
Untuk menyiapkan satu kain menjadi sehelai baju yang cantik dan sedap dipakai, bukan perkara yang boleh dibuat sambil lewa. Perlukan perancangan dan kerja yang teliti juga beserta kemahiran yang telah dilalui setelah melakukan beberapa kali kesalahan..
. Hehehe..Macam orang belajar memasak atau mencuba resepi baru gitu, sekali buat ada menjadi, jika tak menjadi, cuba lagi, sehingga sesuai dengan selera sendiri..2 hingga 3 kali buat..da boleh buat catering!
Jadi, semasa menjahit pakaian ini bahagian-bahagian yang perlu diambil perhatian ialah bahagian leher, bahu, lengan, dada, dan juga bahagian punggung. Setiap bahagian tersebut, perlu fokus dan teliti supaya tidak banyak kesalahan dilakukan semasa menjahit. Jadi tak delah kerja asyik nak buka semula jahitan..kerana jika ada jahitan yang perlu dibuka semula, masa tulah semangat boleh jatuh merudum. Hilang mood untuk terus menyiapkan jahitan. Sudahnya..kain itu ditinggalkan menjadi jahitan yang tak siap..ataupun terus pi beli kain lain hantar ke tukang jahit. Habis cerita.Hehehe..
Oleh itu, saya ada beberapa cara yang saya amalkan supaya saya sentiasa fokus semasa menjahit sehingga saya berjaya menyiapkan sesuatu jahitan. Antaranya ialah :-
-Menyediakan masa untuk menjahit. Setengah jam fokus pun jadilah. Tak siap boleh sambung masa lain.
-Pastikan tiada hal lain-lain yang mengganggu fikiran…jika fikiran kusut, benang jahit pun mudah kusut juga.
-Alat-alat jahitan dan juga aksesori untuk kain yang perlu diguna semasa menjahit disediakan selengkapnya, supaya mudah dan cepat menjahit. Contohnya, pemutar skru, tapak zip dan zipnya disediakan sekali.
-Pastikan mesin jahit sentiasa dalam keadaan baik.
-Gelendong benang bawah diisi secukupnya.
Cara ini secara tak langsung kerja-kerja menjahit menjadi lancar dan mudah. Cepat siap dan sudah tentu cepat boleh pakai baju baru..










tips yang menarik..
salam,
sy interested nk mula blajar jahit baju. sy tgh survey mesin jahit yang ada mesin jahit tepi skali. so, nk tanya pendapat. mesin brand apa yg sesuai untuk dibeli dan thn lama? tq.
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.
bantal peluk bantal tidur barut baby barut perut bib baby butang diapers stacker english cotton english design Fabrik cotton flannel flower trio high speed jahit baju jahit kain jahit tepi halus japanese cotton jarum peniti kain bedung kain perca kain sendiri kekabu kekabu asli proses kusyen nc15 nc24 NC dua corak nursing cover pakaian kanak-kanak pattern nc06 pin Pin Kusyen projek kain ropol selimut selimut baby set tidur baby set tilam baby set tilam bayi Tapak kedut Tapak kun Tapak lubang butang tilam tote bag tudung bawal
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Wish List bilikJahit anggunFlora.com
Archive
GET ONE NOW!
Categories
READ THIS!
Pesanan