Articles in the pakaian kanak-kanak Category
pakaian kanak-kanak »
Dalam minggu ini saya terima 3 tempahan set tilam baby .. 2 bungkusan kain yang dihantar dan satu lagi kain dari koleksi bilik jahit ST001. 1 pos laju dan 1 pos domestik. Pos Laju rasanya dah glamor..menariknya dia menggunakan Pos Domestik. katanya murah sedikit.. tempoh penghantaran untuk sampai ke destinasi adalah 3 hingga 4 hari.. jimat juge gitu..
Kain-kain daripada bungkusan…
Tempahan daripada Kak Yus …
Tempahan daripada Kak Norin …
Dan satu lagi daripada Wid …
Jadi Insya Allah semua tempahan ini saya boleh …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
2 minggu lepas keadaan cuaca tak berapa baik..pagi panas terik petang hujan..risau pun ada juga sebabnya yang menempah hampir-hampir dengan due date bersalinnya..asal ada matahari cepat-cepat jemur…huhu letih jugak ambo dibuatnya..kata orang hujan hambat orang tua angkat kain..heheh..datangnya terus lebat.. jadi kenalah berjaga-jaga.. ..
Ada 2 tempahan serentak .. Alhamdulillah dapat juga disiapkan…
Tempahan set tidur baby pilihan corak ST010.. masih ada dalam koleksi Fabrik untuk set tidur baby
Yang ini kain sendiri… di hantar kepada saya melalui pos laju.. cukup mudah dan cepat.. hari ini hantar esoknya saya dah dapat.. angkat ibu …
pakaian kanak-kanak »
Tengah hari tadi pergi Jakel.. Jakel biasalah..dia punya iklan-iklan jualannya selalu gempak-gempak. Untuk kali ini Jualan Pengosongan Kedai sempena Hari Buruh Dijunam hingga ke 98%..ha ko .. mana orang tak melilau mata dengan kain-kainnya yang membuatkan hati menjadi cair.. penuh juga level 1 walaupun hari bekerja.. mantap..mantap..sungguh mantap.. Dan saya hari ni berjaya mengawal minda dan perasaan hahaha.. hanya angkat 2 jek..hehehe.. untuk set tilam baby… banyak juga corak-corak baru untuk dibuat cadar..tetapi yang sesuai untuk set tilam baby hanya 2 jenis corak saja yang berjaya menambat hati saya … …
Featured, pakaian kanak-kanak, produk »
Material yang diguna : Quality Plain Cotton 54″, Kekabu Asli Proses Gred A
Saiz Tilam : 38″ x 31″, ketinggian : 2 ~ 2.5″
(Lebih besar, lebih lebar, lebih selesa, sesuai sehingga kanak-kanak 3/4 tahun ) Boleh letak bawah buai baby untuk lebih keselamatan baby semasa baby tidur dalam buai.
Saiz Bantal Tidur : 12″ x 8″
(Sesuai diguna dimana-mana sahaja ~ cradle, car seat, boleh buat sendal dada baby dalam walker atau dalam stroller baby)
Saiz Bantal Peluk : 19″ x 8″
Harga : RM143 sahaja tanpa kos …
pakaian kanak-kanak »
pakaian kanak-kanak »
Bagi mama yang tidak mahu set tilam baby yang menggunakan kain cotton berjalur-jalur, di sini saya mahu khabarkan berita gembira. Sekarang, saya sediakan pilihan set tidur baby sama ada berjalur atau pun yang kosong. Jadi untuk yang kosong, inilah fabriknya. Plain Cotton 54″.
Berwarna krim. Agak tebal dan rasa kukuh daging kainnya.
Perincian fabrik. Kainnya sangatlah cantik. Licin dan agak berkilat. Kalo buat ni, cam kulit bantal kat hotel..heheh..
Dan kain ini agak stretchy..very strong!
Okeh mama, untuk tempahan di alu-alukan
Add- Ons : Nursing Cover, Barut Perut, Diapers Stacker, Selimut Baby, Bedung….
Featured, pakaian kanak-kanak, pakaian wanita »
Alhamdulillah, dapat juga saya menyiapkan Nursing Cover dengan kombinasi dua corak fabrik ini setelah sekian lama asyik dengan kekabu je tu..ahakss.
Design Nursing Cover dengan kombinasi dua corak fabrik adalah yang terbaru di anggunFlora.com. Saya menggunakan material dari jenis Japanese Cotton untuk kali ini. Sweet-sweet juga nampak corak-coraknya tu…iyolah ikut je yang mana ada di pasaran..adakala kering juga corak-coraknya..tambah-tambah yang cun-melecun. Sekejap jek habis..tau sajalah kan..kain cotton ni sejuk rasa dikulit…
~ NC Dua Corak ~
Masih mengekalkan penggunaan pattern. Sama ada pattern NC15 ataupun NC24.
Tetingkap dibuat menggunakan plastik bonning bagi memudahkan mama …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Jika mama punya kain pilihan sendiri … boleh hantar kepada saya untuk saya siapkan seperti yang dikehendaki. Dan yang ini adalah contoh yang telah saya terima. Mudah dan senang saja caranya. Yang ini sebagai contoh ya, hanya menggunakan sampul dokumen yang dari jenis tebal. Masukkan kain ke dalam sampul tu dan bungkus kemas mengikut saiz kain tu. Ringkas dan mudah sajakan. Dan poskan kepada saya menggunakan mana-mana perkhidmatan pos yang disediakan.
Dua pasang sarung set tidur baby yang ingin ditempah. Boleh buat gilir-gilir gitu…
Sarung yang telah siap dijahit dan dipasang pada …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
1 Set tidur baby bersama 1 set sarung untuk tilam baby kekabu asli pilihan ST003. Seperti yang dikehendaki, ringkas dan cukup dengan kecomelan coraknya sahaja. Siap dengan selimut baby.
Selimut baby bagi corak ST003 juga dengan design baru dari angggunFlora. Design ini saya buat lipatan-lipatan menegak pada bahagian tengah dan pasang riben gumukss yang menjadikan keseluruhan selimut baby nampak bertambah comel dan istimewa, saya kira
Perincian design
Alas plain flannel putih, supaya lebih gebu dan sedap dikulit baby.
Sedia untuk di pack…
Buat Azreen dari Klang, Selangor.
Terima Kasih.
pakaian kanak-kanak »
Yapp! Beg disediakan bagi setiap pembelian set tidur baby ini Berita baikkan. Kenapa ia baik? Sebabnya ada beg. Hahah. Okey, beg ini adalah untuk kemudahan penyimpanan set tidur baby ini. Tau sajalah, tilam kekabu ni biasanya sangatlah tahan. Jika ada anak 10, 10 anaklah boleh guna yang satu ni… ada ke lagi yang nak anak sepuloh zaman sekarang nih… hihih.. pendek kata boleh guna dari anak pertama hingga ke cucu-cuculah. (nak mula sediakan pada anak kedua pun boleh juga ).. Jadi beg ini saya sediakan …
