Articles in the pakaian kanak-kanak Category
Featured, pakaian kanak-kanak, produk »
Pilihan 1Mama 1Malaysia
Set Tidur Baby Kekabu Asli Proses untuk setiap kelahiran anakanda tersayang
Set Tidur Baby: Kulit Corak Berjalur.
Kualiti Isian: Kekabu Asli Proses Gred A
Perincian: Set Tidur Baby Corak Berjalur
Harga: RM114
Siap bersama 1 set Sarung Tilam Baby** : RM155
Tempoh Tempahan siap: 2 Minggu
Set Tidur Baby: Kulit Plain.
Kualiti Isian: Kekabu Asli Proses Gred A
Perincian: Set Tidur Baby Fabrik Plain Cotton
Harga: RM143
Siap bersama 1 set Sarung Tilam Baby** : RM185
Tempoh Tempahan siap: 2 Minggu
**Siap bersama 1 set sarung Tilam Baby yang berharga RM12/m, lerang 96″ sahaja dalam koleksi fabrik Set Tilam …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Jalan-jalan cari kain sekitar kawasan JB untuk koleksi fabrik bagi set sarung tilam baby. Ada 3 corak kali ini. Semuanya bertemakan bunga-bunga. Nampak sesuai sekali untuk baby girl. Jadi untuk perincian material bolehlah ke bahagian koleksi fabrik set tilam baby. Okeh
Suka menghayati warna dan corak fabrik
~ Niah
Tempahan dialu-alukan
pakaian kanak-kanak »
Musim bulat-bulat agaknya sekarang ni. Mana-mana kedai kain saya pergi, asyik nampak bulat-bulat je coraknya. Tak kira apa jenis fabrik, huhuh.. atau saya yang baru buka mata dengan corak dot-2-dot nih. Apa pun saya berkenan 2 corak yang bertemakan bulat-bulat ni untuk dijadikan sarung bagi set tilam baby. Warna pink purple dan warna latarbelakangnya putih, saya pilih untuk kategori unisex. Jadi, untuk lebih perincian kainnya bolehlah tengok dalam koleksi fabrik anggunFlora.com. Okeh Jom!
Salam ceria selalu
~ Niah
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, produk »
Tempahan yang dibuat adalah 1 set sarung tilam baby, sehelai selimut dan 10 keping barut baby bervelcro. Saiz ukuran sarung adalah ukuran set tilam baby buatan bilikjahit anggunFlora.com. Pilihan fabrik adalah corak ST010 dari koleksi Fabrik anggunFlora.com.
Sehelai selimut bersaiz 38X31. Sama saiz dengan saiz tilam baby. Agak besar kerana pada pengamatan saya anak-anak lebih gemar menggunakan selimutnya sewaktu berusia dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun dan ke atas. Sebab itulah saya suka buat yang bersaiz ini. Suka tengok anak-anak peluk selimutnya bila mahu tidur. Ada tu bila bermain dibuat hamparan …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Tempahan 2 set sarung tilam baby bersama 1 totebag dan 1 diapers stacker. Kain sendiri yang telah dihantar/pos ke bilik Jahit anggunFlora.com. Perincian tempahan adalah sarung tilam mahu dikemaskan dengan span dan kain renda. Saiz tilam mengikut ukuran yang diberi. Kain corak berbunga dipasang span bersama 1 tempahan beg
Span yang dijahit bersama secara criss-cross..
2 sarung bantal peluk bulat.
Dihias kain renda dari jenis cotton..
Tote bag untuk kain bercorak bunga-bunga ini.
1 set lagi sarung tilam bagi corak kartun mickey and minnie ini..
Dan Diapers stacker disiapkan bagi corak kartun mickey and …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, pakaian wanita, produk »
Tote Bag atau multipurpose bag pilihan fabrik bercorak JP027 dari bilikjahit anggunFlora.com. Gabungan 2 corak.
Menggunakan aksesori butang sebagai penghias depan beg dan juga berfungsi sebagai kancing beg. Ringkas aja.
Sediakan 4 poket. Boleh isi ape-ape aja
Terima Kasih
Buat Zahidah, Terengganu.
Tempahan dialu-alukan
Featured, pakaian kanak-kanak »
Bersaiz 5″x18″ dengan lengkungan setingggi 1/2″ sepanjang 7″ pada bahagian tengah barut. Bertali. Material yang diguna adalah jenis cotton putih atau bercorak dan juga flannel. Boleh tempah mengikut pilihan sendiri. Sama ada material dari bilikjahit ataupun material sendiri dihantar kepada saya. Bilangan adalah tidak terhad…as u wish gitu Dan ini adalah contoh barut baby yang dibuat di bilik jahit anggunFlora.com
Masih mengekalkan design tradisi turun-temurun, bertali, yang berbeza adalah jenis material yang diguna. Dan bagi yang ini menggunakan kain cotton bercorak dan di alas dengan kain flannel. Sukalah juga …
kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »
Tempahan daripada WidaYanti, Melaka
1 Set Tidur baby kulit Plain dan pilihan corak sarung ST001..
Tempahan daripada Kak Norina
1 Set tidur baby, 2 set sarung kain sendiri,1 bentuk simple dan 1 set sarung bantal bentuk flange.
Sarung Bantal Bentuk Flange.. dalam Bahasa panggil apa yek..
Dikemas dengan butang pada bahagian belakang bantal…
Tempahan daripada Kak Yus, KL.
1 set tidur baby, 1 set sarung kain sendiri, 2 diapers stackers, dan 10 keping barut baby kain sendiri.
Alas dengan flannel..
Ada kain lebih yang untuk buat cadar dan barut..so saya buatlah beg kecil ni..hadiah untuk baby newborn nt …
