Home » Archive

Articles in the pakaian kanak-kanak Category

Headline, kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, produk »

[10 Oct 2011 | No Comment | 894 views]
Siapan Sarung Comforter

 

3 bulan telah berlalu. Dan inilah antara model kecil saya terkini yang menjadi sumber inspirasi saya dalam membuat aktiviti jahit-menjahit . Kali ini saya mahu paparkan contoh siapan bagi sarung comforter.

Sebenarnya yang ini adalah tilam nipis untuk baby. Kecil aja. Dihadiahkan oleh sahabat saya hampir 7 tahun lepas untuk anak sulung saya. Saya telah gunakan  untuk kesemua 5 orang anak-anak  saya. Iya, dibasuh, dicuci, diguna ke sana-sini, pudar jugaklah warna asalnya. Sayang saya kat tilam ni tau

Jadi saya buatkan sarung gantinya, supaya yang pudar kembali berseri …

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »

[15 Apr 2011 | One Comment | 5,020 views]
Koleksi Pattern Selimut Baby

Koleksi Pattern-pattern Selimut Baby
Semua pattern-pattern ini adalah direka berdasarkan corak-corak kain yang dihantar untuk disiapkan bersama set sarung tilam baby.

Kombinasi Material : Plain Flannel berdasarkan  warna utama kain untuk buat selimut.
Direka untuk kegunaan anak-anak yang berusia dari umur 2 hingga 3 tahun dan ke atas.
Cadangan/Fungsi

Diguna sebagai receiving blanket ~ untuk baby newborn.
Sebagai alat bantu untuk anak-anak semasa proses pengasingan tempat tidur dengan IbuBapa.

Saiz: 35″ x 35″ untuk baby newborn.
Saiz :38″ x 35″ untuk kegunaan anak-anak 2 ~ 3 tahun dan ke atas
1 Anak 1 Selimut.

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »

[22 Feb 2011 | No Comment | 1,544 views]
Cuti Penggal Sekolah 11 Mac ~ 20 Mac 2011

Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi nampaknya tu..  rancangan saya, tiada kerja-kerja jahit antara waktu itu.. .. hehe biasalah dengan adanya anak-anak ni adalah rancangan dan agenda depa juge. Yela.. waktu yang dinanti-nantikan bagi diorang…hehe. hmm so masa dan peluang yang ada ini, kita  ikut sajalah rancangan depa tu
Baiklah.. so sehingga ke tarikh itu iaitu 11 Mac senarai tempahan saya sudah penuh untuk saya “clear”kan…hehe  Dan jika ada yang ingin membuat tempahan.. boleh aja selepas 20 Mac 2011 itu nanti. Insya Allah .. …

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »

[3 Feb 2011 | No Comment | 3,019 views]
1 set tilam plain, saiz sendiri, sarung kain sendiri

Tempahan adalah 1 set tilam plain dan fabrik untuk siapan sarung dihantar ke bilikJahit anggunFlora.com.  Saiz tilam adalah saiz 51″ x 28″ x 5″. Saiz yang paling besar pernah saya buat setakat ini untuk set tilam baby .

Untuk siapan set sarung ini diserahkan 100% mengikut kreativiti saya. hmm… okeh boleh aja ..
so  Me.. haaha just follow what my heart want to ..** (^___^)** ..
Buat sedikit penambahan kemasan ropol pada sarung bantal tidur dan bolster baby. Pada bantal tidur saya hanya buat ropol halus saja dan pasang disekeliling sarung …

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »

[16 Dec 2010 | No Comment | 1,582 views]
Tempahan 1 tilam plain saiz sendiri

Tempahan adalah 1 tilam plain saiz sendiri iaitu 38″ x 31″ x 4″. Dengan ketebalan 4″ ini, tilam disiapkan dengan kemasan piping pada bahagian tepi sisinya. Juga pasang zip bagi kemudahan untuk refill atau pengisian semula kekabu nanti.

Terima Kasih
Buat Tantiana, Sri Kembangan, Selangor.

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak »

[19 Nov 2010 | No Comment | 2,543 views]
Koleksi Polka Dots :)

Selamat Menyambut Hari Raya Korban . Buat korban ke tahun ni. Dah kali ke berapa? Kalo tak dapat buat korban tahun ni, tahun depan Insya Allah ada lagi. Yang penting tanam azam, pasang niat. Iyelah,  moga-moga Allah permudahkan rezeki bila dah pasang niat tu. hmm 
Okeh. So, kali ini suka sangat saya bila pergi ke Kamdar. Geram saya. Terus grab semua warna-warna yang ada.. ..rasanya sekejap je tu kat sana..heheh. Ye datang dengan 2 jenis saiz dot. Kecil dan besar. Boleh tengok ye photo-photo yang disertakan ini..

Yang …

pakaian kanak-kanak, pakaian wanita, Panduan »

[13 Nov 2010 | No Comment | 2,910 views]
Antara Tempat Untuk Beli Kain…

Susah juga saya nak mencari dan mengumpul kain-kain yang sesuai untuk dijadikan set sarung tilam baby. Adeh, coraknya terhad juga setiap kedai. Paling banyak 2 hingga 3 corak aje. Dan jika mama-mama mempunyai pilihan kain sendiri adalah dialu-alukan dihantar ke bilikJahit untuk disiapkan bersama tempahan set tilam baby. Oleh itu, di sini saya mahu kongsikan antara tempat-tempat yang menyediakan kain-kain yang saya kira sangat menarik  untuk dijadikan sarung tilam baby. Ini berdasarkan maklumat-maklumat kain sendiri yang telah dihantar dan dimaklumkan kepada saya. Jadi sedikit maklumat ini mungkin boleh membantu menyenangkan …

kenanganku milikmu, pakaian kanak-kanak, pakaian wanita »

[11 Nov 2010 | 2 Comments | 1,073 views]
Innovis-900

Alhamdulillah, syukur pada Tuhan sekalian alam yang telah memberi segala nikmat yang tak terhitung banyaknya. Terima kasih Allah
Okeh dengan sukacitanya saya ingin memperkenalkan  mesin sulam berkomputer, Innovis-900…hehe. Dalam 2 minggu sudah berada di bilikJahit anggunFlora.com. Iye, saya sangat happy dengan si Innov ini Dengan adanya ia saya boleh menambah kemasan sulam pada kerja-kerja jahit saya. So dalam tempoh 2 minggu, saya sibuk mengeksplore kemampuan dia. Wah.. hebat juga Dan sekarang ini  saya mahu kongsikan hasil buah sulongnya buat tempahan Kak Noryn.

Tempahan yang dibuat adalah, …

pakaian kanak-kanak »

[24 Oct 2010 | 3 Comments | 2,757 views]
Fabrik Baru Lerang 96?

Minggu depan anak teruna saya, akan menduduki peperiksaan akhir tahunnya kat Tadika Cahaya Al-Amin. Tadika pun ada periksa juga ye sekarang. Beza benar dulu dan sekarang. Dan, tahun ini adalah tahun terakhirnya disana. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Alhamdulillah 2 tahun dia disana, dengan kesungguhan ustazah-ustazahnya, push and push everyday, dia sudah boleh membaca, mengira, boleh menghafal surah-surah mudah, dan yang paling buat saya terharu ialah sebelum tidur dia akan membacakan doa untuk ibubapa dengan maknanya sekali. Emm.. itu hanya hati ibubapa saja yang tahu ……  Jadi …

pakaian kanak-kanak »

[20 Oct 2010 | One Comment | 1,439 views]
Fabrik Baru untuk Kulit Set Tilam Baby

Pada 14/10/2010 yang lepas, stok kain untuk set tilam baby pilihan plain telah pun kehabisan stok. Dan hari ini, saya ingin menunjukkan kain baru bagi set tilam bagi pilihan plain. Saya masih mengekalkan kualiti kainnya, agak tebal dengan daging kainnya kukuh dan mantap.  Pilihan warna kali ini adalah gelap sikit, warnanya hampir nak ke kelabu

Jadi bagi yang ingin menempah set tilam baby dengan pilihan plain, bolehlah menempahnya. Dan disini saya tawarkan bagi 5 penempahan yang pertama bermula hari  ini iaitu 20/10/10 sehingga 31/10/2010, ada potongan harga set tilam …

Related Posts with Thumbnails