Articles in the aksesori menjahit Category
Featured, aksesori menjahit »
Lengakaplah sudah aksesori untuk mesin jahit yang saya sayangi ni..hihih..Tapak lubang butang. Yang ini khas untuk mesin jahit industri(highspeed) sahaja. Berat juga seketul ni. Sekarang, bolehlah guna kat rumah untuk buat lubang butang, oh..oh..tidak kira masa..ha ha.. sebelum ni saya kena ulang alik kat kedai yang jual peralatan jahitan untuk dapatkan lubang butang yang cantik. Banyak sudah masa saya jimat! Minyak kereta pong
Pasang ikut manual yang disertakan. Dalam setengah jam da boleh guna. Hasilnya sama seperti yang saya inginkan. Sama seperti yang saya hantar kat kedai sana tu …
Panduan, aksesori menjahit »
Belajar mengasah kapur jahit
Mula-mula gesek-gesek di antara gigi-gigi pengasah itu..
Asah kapur tajam-tajam. Supaya penandaan ukuran lebih jitu dan aktiviti menanda berjalan lancar. Ok daa, sudah asah, nak buang habuknya itu,
tolak laci pada bahagian bawah pengasah ini,
ketuk-ketuk perlahan, habuk kapur akan keluar. Dan bolehlah dibuang habuk itu.
Ok. Sekarang saya dah dapat kapur penanda yang tajam dan selesa diguna untuk menanda pada fabrik. Awak pula macam mana?
Pengasah kapur jahit – RM10.00 satu, tanpa kos penghantaran.
Featured, Panduan, aksesori menjahit »
Tapak kedut mesin jahit industri. Fabrik yang diguna pada gambar ini adalah dari jenis satin. Memang sesuai dan sangat cantik apabila dibuat ropol.
Separuh laras ketegangan benang atas,no. 5
Saya suka buat ropol. Sebabnya ia comel dan cantik ihiks…
ok..da ready…
siap!
Ookey, ini ada juga link post yang berkaitan, suka-suka nak tengok leh la klik…
http://bilikjahit.anggunflora.com/?p=892
Tapak kedut – RM 8.00 satu. Harga barang tidak termasuk kos penghantaran.
aksesori menjahit »
YYes! Akhirnya milik ku jualah si nikon satu ni. Dulu sekodeng-sekodeng jer. Tak berani nak angkat. Tabung da cukup, terus ambo tangkap..wahaha..
Yang ini gambar pertama yang di ambil menggunakan Nikon D5000 tu..betul-betul suka hasil gambar tu..MasyaAllah!
Lepas ni perlu kemaskan lagi skill amik gambar nih..ahaks..ala-ala photographer gitu la pulak…hihi..Dengan adanya yang ini, mutu gambar nampak lebih baik. Isu warna tona fabrik, dapat juga diperbaiki. InsyaAllah.
aksesori menjahit »
Macam mana ye ko pandai menjahit? Soalan biasa yang saya terima. Itu yang saya terima. Saya percaya ada penjahit-penjahit lain juga mendapat pertanyaan yang sama seperti saya. Lebih ekstrim soalannya berbunyi…pakai jin ka? Atau lain soalan, dapat ilmu menurun ke? huhuhu..Ya ada sesetengah orang, Allah berikan ilmu itu melalui makhluk lain..Ha yang ini lain cerita U.
Ok, di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai buku-buku jahitan yang ada dipasaran sekarang ini yang telah menjadi koleksi saya. Asalnya adalah hobi semata-mata. Hanya untuk mengisi masa yang terluang sambil bermain dengan anak-anak. …
Featured, aksesori menjahit »
Ada macam-macam jenis tapak yang datang bersama dengan mesin yang kita gunakan. Kebanyakan aksesorinya adalah sama untuk lain-lain jenama mesin, jika ia boleh diguna bersama tidak menjadi masalah walaupun lain-lain jenama. Bagi yang menggunakan mesin industri(high speed), ia memang berbeza. Tapak-tapaknya datang hanya boleh diguna untuk mesin industri sahaja. Tak susah untuk mendapatkannya. Ada disediakan di kedai peralatan jahitan atau kedai yang menjual mesin jahit.
Ini adalah antara tapak untuk mesin jahit industri:
Tapak zip
Tapak zip sembunyi
Tapak kun
Tapak kedut
Tapak kia
Tapak gulung
Tapak lubang butang(tiada gambar kerana tiada dalam koleksi).
Macam-macam jeniskan tapak jahit ini. …
aksesori menjahit »
Kapur penanda untuk fabrik, jika diguna berulang-ulang akan tumpul juga. Jika jatuh, patah pun ada..macam pensil tulis aje sifatnya..
Satu hari saya pergi ke kedai yang menjual peralatan jahitan untuk mengambil gunting saya yang kena baiki, dalam pada menunggu gunting saya sampai, saya tengok-tengok barang-barang yang ada dalam kedai tersebut. Kemudian saya tertarik dengan satu barang ini..setelah bertanya pada orang kedai, barulah saya tahu alat tersebut adalah untuk mengasah kapur penanda kain.
Saya tambahkannya menjadi koleksi saya Ini kerana saya mempunyai kapur-kapur yang sudah tumpul. Pecah-pecahan kecil pun ada. Jadi …
Featured, aksesori menjahit »
Di sini beberapa peralatan atau aksesori yang diperlukan untuk kerja-kerja menjahit. Ianya sangat diperlukan bagi membantu kerja-kerja menjahit kita menjadi lebih mudah dan menyeronokkan!
Antara yang diperlukan selain mesin jahit ialah:
Gunting – gunakan gunting yang bagus, kalau boleh belanjalah lebih sedikit untuk mendapatkan gunting yang boleh menggunting macam-macam jenis kain. Gunting yang bagus menghasilkan guntingan yang cantik!
Gunting benang – Ada 2 jenis. Sama ada gunting kecil atau yang jenis ketip. Ia diguna untuk membuang lebihan benang pada kain semasa menjahit atau mengemas jahitan yang telah siap.
Pin – Salah satu cara saya …

