Home » Lain-lain

April – bulan kelegaan..:)

9 April 2009 6,071 views No Comment

Salam semua,

Fewh…lamanya tidak memblog. Anak-anak kecil tidak sihat. Seorang terkena, kendiannya lepas seorang-seorang lah pulak yang kena. Kini. alhamdulillah, mereka semua sekarang sihat sepenuhnya. Pernah dengar tak penyakit G6PD. Salah seorang kembar saya ada mengalaminya. Kembar saya sepasang iaitu lelaki dan perempuan. Yang mengalami kekurangan enzim G6PD ini adalah yang lelaki(second twin). Doktor telah mengesahkannya sewaktu mereka baru lahir. Pantang bagi anak yang ada G6PD mengikut arahan doktor adalah kacang parang dan juga ubat gegat. Ini mesti atau wajib dielakkan. Ia tersangat-sangat bahaya, boleh membawa maut! Takutnya saya apabila mendengarnya. Jadi kacang parang dan ubat gegat diharamkan dirumah kami. Itu usaha yang pertama saya dan suami lakukan setelah mengetahuinya.

Sebelum mereka mengambil makanan pejal iaitu dari waktu lahir hingga berusia 4 bulan, mereka tidak menunjukkan tanda-tanda..macam biasa, sihat walafiat, tiada demam, tiada batuk, tiada selesema. Cuma wajah yang kembar lelaki saya saja yang nampak kuning, pucat. Sekarang kembar saya berusia 1 tahun 4 bulan, sudah tidak bergantung pada susu lagi. Jadi, macam-macam makanan pejal sudah diberi mengikut pemakanan kanak-kanak yang disyorkan dari umur 6 bulan. Macam-macam sudah mereka rasa.  Seronok saya membuat makanan, kerana mereka suka makan. Restoran kat rumah! Abangnya yang tak berapa suka makan pun jadi lalu makan sebab seronok dengan adik-adik :) Dan daripada pemakanan mereka itu, saya mengetahui serba-sedikit untuk anak yang menghidapi G6PD ini.

Jadi ingin saya kongsi apa yang boleh dan tak boleh bagi yang juga mempunyai anak yang mengalami kekurangan enzim G6PD ini supaya tempoh demam atau selsema dan juga sudah tentu kos rawatan untuk anak dapat dikurangkan. Ini kerana jika mereka demam, demam yang berulang-ulang, jika selesema, selesema yang berpanjangan. Payah nak baik. Ini adalah antaranya :-

1- Susu formula/soya, jika boleh dikurangkan sukatannya. 2 kali sehari sudah mencukupi.(kembar saya langsung tak diberi. Diganti dengan susu kambing. Dekat dengan pembekal, alhamdulillah mudah dapat).

2- Buah yang boleh dimakan- kurma, epal,lai, buah naga, kismis setakat ini ok.

3-Buah yang perlu dielakkan – oren, sebarang pisang, anggur, tembikai, betik, pauh, atau buah yang dikatakan bersifat sejuk.

4-Biji barli(yang nak buat air tu) dengan biji gandum jika nak buat bubur – yang ni lagi cepat kesannya..kembar saya terus batuk dengan lendir yang banyak. Tepung gandum setakat ini ok..tapi jarang-jarang diberi..seperti roti(roti buat sendiri-lagi kurang bahan kimia lagi baik untuk G6PD) ke jemput-jemput atau kek/muffin.

5-Ubat-ubat rawatan mereka seperti ubat demam atau selsema-bukan ubat yang diberi kepada budak-budak biasa. Bagi anak yang ada G6PD, tak berkesan. Kena rujuk pada doktor yang sudah berpengalaman. So, kena banyak cuba ubat (Untuk kembar saya, saya jaga pemakanan  mereka. Ubat saya kurangkan). Boleh dikatakan mereka sembuh tanpa ubat. Walaupun sudah dicuba homeopathy dan yang terbaru autopathy(kembar saya autopathy – ekzema sembuh).

6-Madu-Tiada kesan sampingan. Sangat bagus!

7-Semua jenis kacang kena elakkan – kacang dal,kacang soya, kacang peas, kacang tanah. Jika terkena kulit lebihan yang mereka kunyah, timbul bengkak-bengkak merah dan gatal. Dalam tempoh 5 minit saja, kita boleh tengok kesannya. Takutkan!(contoh masakan:-kuah sate,kuah roti canai kacang dal,air soya)

8-Produk Telur-Telur goreng ok. Telur masak separuh atau pun rebus penuh perlu elak. kalau nak bagi juga sikit-sikit saja. Yang ini kalau terkena kulit juga akan jadi bengkak-bengkak dan gatal. Mayonis pun!

9-Ikan- mana-mana jenis ikan tiada kesan sampingan. Kalau udang,sotong atau ketam elakkan dulu.

10-Sayur-juga mana-mana jenis. Tiada kesan. Kacang panjang setakat ini boleh diambil.

11- Kurangkan aktiviti luar. Cuaca panas atau sejuk.

12- Air sejuk atau air batu elakkan. Bagi air hangat saja.

Senarai di atas adalah dari pengalaman saya bersama kembar saya dan juga hasil dari perkongsian dengan ibu yang juga mempunyai anak yang menghidapi G6PD ini.  Lain-lain anak, mungkin lain kesannya. Anda boleh berkongsi di sini supaya lebih banyak info dapat diketahui. Lebih banyak info dikumpul, lebih banyak kos rawatan dapat dikurangkan :-)

Related Posts with Thumbnails
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.