Tahun baru, tambah bilik baru.
Salam semua,
Selamat datang tahun baru 2009 dan salam maal hijrah 1430 saya ucapkan. Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang lebih bererti dalam hidup kita. Teruskan segala yang dirancang pada tahun 2008 dan laksanakan pada tahun 2009 bersama semangat dan azam. Insya Allah ada hasilnya nanti sedang menanti kita
..
Baiklah, pada tahun lepas 2008, saya telah membuat beberapa pembaharuan untuk anggunflora.com. Kalau dahulu hanya menjual tudung-tudung bawal dan kain-kain pasang, tetapi sekarang saya telah menambah lagi perkhidmatan iaitu mengambil tempahan membuat pakaian wanita. Jadi pada tahun ini saya menyediakan ruang bilik jahit anggunflora untuk saya berkongsi bersama semua pembaca yang berminat mengenai jahit-menjahit, membuat pakaian juga macam-macam lagi seni jahitan yang ada. Insya Allah, mudah-mudahan ia boleh memberi manfaat buat kita semua.
Ok. Ini saya jadikan ia sebagai permulaan post saya untuk pembukaan bilik baru ini…hehehe (rumah lama, tambah bilik baru)..Kita jumpa lagi di lain-lain post. Insya Allah.
Bye. Jumpa Lagi!
Niah Abdullah










Leave your response!
You must be logged in to post a comment.